Bertahun menanti, akhirnya hasrat peminat untuk menyaksikan kolaborasi mega dua beradik, Anuar Zain dan Ziana Zain, bakal direalisasikan.<br /><br />Konsert Anuar Zain and Ziana Zain Live In Kuala Lumpur, akan menjadi pentas pertama bagi peminat di Malaysia menyaksikan gandingan mereka dalam sebuah konsert berskala besar.
